Sinopsis Runi & Solah

Runi, seorang kanak-kanak dilahirkan di luar negara berpindah ke Malaysia bersama ibu bapanya dan tinggal di kampung. Rahman dan Salina cuba membiasakan diri mengajar anak-anaknya Rose dan Runi untuk bertutur bahasa Melayu. Kini, Salina buat bisnes menjual tudung dan telekung. Rahman kemudian memasukkan Runi ke kelas Fardhu Ain di masjid yang diajar Ustaz Hafiz. Rose yang pertama kali bertemu Ust Hafiz sudah jatuh hati padanya. Lantaran itu, Rose mula mengenakan tudung dan beri juadah berbuka untuknya. Runi memulakan persekolahannya. Dia sekelas dengan Solah, Zaki, Ijam dan Suraya. Solah dan Ijam agak nakal suka mengusik Runi. Mereka dapati Suraya selalu dimarahi kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Waktu petang, Runi ke kelas Fardhu Ain dan Ust Hafiz mengajar cara niat puasa. Suatu hari, Runi, Zaki, Solah dan Ijam mengintip ke rumah Suraya nak tahu sebab Suraya selalu lambat siapkan kerja sekolah. Rupanya-rupanya Suraya sibuk membantu ibunya buat kuih untuk dijual.

Berkaitan